TAKBIR RAYA


Sebagaimana tradisi di Kampong Melayu Subang Tambahan selama ini…maka Program Takbir Raya dari rumah ke rumah akan dilakukan pada Malam Raya (selepas Isyak)

Takbir akan di buat di rumah para jamaah yang hadir Solat Isyak di Surau. Sekiranya ramai jamaah yang hadir, maka pembahagian Kumpulan Takbir akan diwujudkan.

Program Takbir Rumah Ke Rumah dimulai dengan bacaan Takbir Raya serta Doa Selamat. Manakala bagi rumah yang terakhir akan diadakan Majlis Bacaan Tahlil.