TIPS PETUA JANGAN TAKUT MAYAT


Tuan Pengerusi Surau Madrasatul Falahiyah sedang menyiapkan buku TIPS PETUA JANGAN TAKUT MAYAT (PANDUAN LENGKAP PENGURUSAN JENAZAH). Antara isi kandungnya :


Dewasa ini hal Pengurusan Jenazah sering menghadapi masalah, berdasarkan pengalaman saya, ianya disebabkan masyarakat masih fobia untuk berdepan dengan urusan kematian, termasuklah kecetekan ilmu mengenainya. Apatah lagi jika berdepan dengan keadaan mayat yang hancur luluh, maka timbullah isu-isu badi, saka, terperanjat dan sebagainya. Justeru itu saya namakan buku ini TIPS PETUA JANGAN TAKUT MAYAT ( Panduan Lengkap Pengurusan Jenazah ) diterbitkan hasil Kertas Kerja saya yang sering dibentangkan dalam program-program Kursus Jenazah.

Bagi menambah ilmu kita berhubung Penyelenggaraaan Jenazah ini, maka di dalam buku ini saya ada mengemukakan beberapa Tips, Fakta dan Petua bagi menghadapi sesuatu situasi. Tidak ketinggalan juga saya selitkan Hadis-Hadis Riwayat Bukhari & Muslim sebagai renungan,.. Juga disertakan Teks Bacaan Talqin, Surah Yassin, Surah Al Insaan serta Panduan Tahlil Arwah, moga ianya dapat dimanfaatkan oleh Tok-Tok Imam dan Pengendali Jenazah di mana sahaja berada.






  • Perihal Mengkuburkan Mayat
  • Perihal Membedah Perut Mayat Wanita Hamil
  • Perihal Mayat Anak Yang Gugur
  • Perihal Mayat Khunsa / Pondan
  • Perihal Mayat Yang Tukar Jantina
  • Perihal Mayat Kembar Siam
  • Perihal Mayat Mati Bunuh Diri
  • Perihal Mayat Orang Kafir
  • Perihal Mayat Mati Syahid
  • Perihal Menunggu Kaum Keluarga Si Mati
  • Perihal Talqin Kepada Mayat
  • Perihal Membuat Binaan & Tulisan Quran Di Kuburan
  • Perihal Gali Semula Kubur & Memindahkan Mayat
  • Perihal Ziarah Tanah Perkuburan
  • Perihal Salam Takziah
  • Perihal Berkabung (Ihdad)
  • Perihal Mengadakan Jamuan / Kenduri Arwah
  • Perihal Petua Orang Tua-Tua Menguruskan Jenazah
  • Perihal Badi atau Sawan Mayat
  • Perihal Amalan Yang Boleh Sampai Kepada Si Mati
  • Seruan Iktibar Dari Kematian

  SILA lawati :   
http://sehat2u.lot.my/index.php?route=product%2Fproduct&path=5542&product_id=21398